CSR: penggunaan aplikasi mudah alih ‘easy english tenses’ untuk pelajar-pelajar SMP Lab UM, Kota Malang, Indonesia

Abdul Sukor, Fatin Sabrina and Tengku Sharif, YM Tengku Intan Suzila (2023) CSR: penggunaan aplikasi mudah alih ‘easy english tenses’ untuk pelajar-pelajar SMP Lab UM, Kota Malang, Indonesia. UiTM News Hub. pp. 1-3.
Abstract

UiTM Pahang telah melakar sejarah dengan penganjuran sebuah program khidmat masyarakat di sekolah SMP Laboratorium UM, Kota Malang, Indonesia pada 9 Mac 2023. Sekolah ini merupakan sekolah menegah rendah di bawah kelolaan Universitas Negeri Malang (UM). Para peserta program merupakan pelajar-pelajar SMP Laboratorium dari Kelas 7 yang berumur di antara 12 dan 13 tahun. Delegasi dari UiTM Pahang terdiri daripada pensyarah Akademi Pengajian Bahasa, Prof. Madya Dr Tengku Intan Tengku Sharif dan Fatin Sabrina binti Abdul Sukor serta dibantu oleh 6 pelajar Ijazah Sarjana Muda Biodiversity yang juga merupakan ahli Kelab High Achievers iaitu Siti Umairah Binti Azmi, Evy Alvera Junis, Nur Fatiha Natasya Binti Ruzilan, Aina Mardia Binti Rais, Aina Mardia Binti Rais, dan Nur Illyana Sofia Binti Mohd Azlim. Turut membantu adalah pensyarah Fakultas Sastra dari Universitas Negeri Malang, Dr. Sari Karima yang menjadi perantara di antara delegasi UiTM Pahang dan Kepala Sekolah SMP Laboratorium, Dra. Yayuk Prihatnawati, M.Pd.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142995.pdf]
Text
142995.pdf
Download (453kB)
Indexing & Metrics