BANDAR JENGKA, 18 April 2023 – Pelatih Pusat Latihan Negeri (PLN) UiTM Pahang telah mengadakan latihan memanah sepanjang bulan Ramadhan bermula pada jam 9:30 sehingga 12:00 malam. Permohonan memanah pada waktu malam ini mendapat kelulusan Jawatankuasa aktiviti pada 5 April 2023. Kebenaran ini disambut baik oleh pemanah dikalangan pelajar dan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka di pusat latihan ini. Dengan kemudahan yang ada di Lapang sasar Memanah UiTM Cawangan Pahang ini, pemanah boleh memanah sehingga jarak 30 meter. Menurut Jurulatih PLN, Encik Muhammad Aman dan Amir Nazam, latihan secara berterusan ini penting memandangkan selepas hari raya ini, pemanah UiTM dan PLN akan menyertai pelbagai kejohanan diperingkat negeri mahupun kebangsaan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Nias Ahmad, Mohamad Azmi UNSPECIFIED Jamaluddin, Junaidah UNSPECIFIED |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Shooting > Archery H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Strategic alliances. Business networks H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | p. 1 |
| Keywords: | Memanah, Ramadhan, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 19 April 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142986 |
142986.pdf
