Program keusahawanan penternakan ikan puyu di kampung Charuk Puting, Temerloh, tajaan Yayasan CIMB (CIMB Foundation)

Ibrahim, Nurshahira and Farinordin, Farah Ayuni and Wan Ahmad, Wan Azmi and Jaafar, Abu Bakar and Tengku A Razak, Tengku Maaidah (2023) Program keusahawanan penternakan ikan puyu di kampung Charuk Puting, Temerloh, tajaan Yayasan CIMB (CIMB Foundation). UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Pahang, 12 Mac 2023– Program keusahawanan penternakan ikan puyu telah dianjurkan oleh UiTM Pahang dengan kerjasama Pertubuhan Pondok Perdana Malaysia untuk melatih komuniti setempat berstatus B40 bagi meningkatkan kegiatan ekonomi, menjana pendapatan tambahan, dan kebolehpasaran penduduk di luar bandar. Program ini adalah tajaan sepenuhnya daripada “Community Link Grant-CIMB Foundation” bertajuk: Fish Farming Program for Rural Communities. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus Cawangan CIMB Mentakab, Puan Lee Oi Bee, disaksikan oleh Setiausaha Pertubuhan Pondok Perdana Malaysia, Professor Madya Dr. Mohd Hakimi bin Mohd Shafiai. Dr. Hakimi dalam ucapannya telah merakamkan penghargaan kepada UiTM Pahang (selaku perunding) dan Pertubuhan Pondok Perdana Malaysia kerana telah menjayakan program keusahawanan ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142964.pdf]
Text
142964.pdf
Download (378kB)
Indexing & Metrics