Smart stick

Asraf, Muhammad Afiq and Alihassaney, Wan Muhammad and Xhalida, Sarah (2024) Smart stick. In: International Industrial Revolution 4.0 Exposition : Innovating, Transpiring Dreams. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 66. ISBN 9789672948711
Abstract

Smart stick ialah produk yang dibangunkan dengan mengubahsuai tongkat yang sedia ada. Tujuan produk ini dibangunkan adalah bagi membantu dan memudahkan golongan yang kurang berkeupayaan dalam penglihatan dan kabur penglihatan dengan lebih efektif. Projek ini merupakan satu alternatif yang berkesan bagi pengguna dengan mengambil kira faktor keselamatan. Smart stick ini boleh diubahsuai dari tongkat sedia ada, dan pengguna tidak perlu membeli tongkat yang baharu. Smart stick ini dapat menyelesaikan masaalah yang dihadapi pengguna kurang berkeupayaan dalam penglihatan, seperti masalah ketika berjalan berseorangan di khalayak ramai atau di mana sahaja bagi menganggar jarak di hadapan dengan tepat. Smart stick ini dihasilkan menggunakan arduino, sensor, buzzer, led dan bateri dan sensor yang akan mengesan objek di hadapan, seterusnya menghasilkan signal dalam bentuk bunyi dan lampu yang bernyala membuatkan orang sekeliling lebih peka dengan kehadiran pengguna smart stick. Smart stick ini memberi impak yang besar kepada pengguna. Antaranya termasuklah dapat memudahkan orang kurang upaya dan kabur penglihatan menganggar jarak halangan di hadapan dengan lebih tepat. Selain itu juga ia meningkatkan tahap keselamatan orang kurang upaya dan meningkatkan kepekaan orang awam tentang kehadiran orang kurang upaya di sekeliling mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142962.pdf]
Text
142962.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics