UiTM Pahang, 8 Mac 2023 – Politeknik Ubaya, Surabaya, Indonesia telah menganjurkan satu webinar yang bertajuk ‘Ubaya Global Webinar Series 2023 : Being Competitive In The Global Market’ bersempena untuk menyambut ulang tahun ke-55 Politeknik Ubaya. Penganjur webinar menjemput penceramah dari luar untuk sama-sama memeriahkan sambutan ulang tahun mereka. Webinar ini telah diadakan pada pukul 3 petang waktu Indonesia bersamaan pukul 4 petang waktu Malaysia melalui aplikasi Zoom Meeting yang telah disertai oleh pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar Politeknik Ubaya dan juga orang awam.
Penceramah Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang (UiTMCPh) yang dijemput adalah Puan Norlinda bt Zainal Abdul yang telah membentangkan kertas bertajuk “International Taxation in The Digital Era”. Beliau menerangkan definisi “International Taxation”, ciri-ciri, impak, cabaran, dan cara mengatasai cabaran pengutipan cukai serta perlaksanaan sistem cukai di dalam era digital dan teknologi tinggi pada zaman sekarang.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal Abdul, Norlinda UNSPECIFIED Zulkepli, Salehah Zafirah UNSPECIFIED Nias Ahmad, Mohamad Azmi UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Strategic alliances. Business networks H Social Sciences > HF Commerce > International economic relations H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Keywords: | Politeknik Ubaya, International taxation, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 13 March 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142960 |
142960.pdf
