Interactive math game

Soffi, Siti Nor Shashina and Mohammad Azrin, Nur Aufa Zahra (2024) Interactive math game. In: International Industrial Revolution 4.0 Exposition : Innovating, Transpiring Dreams. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 65. ISBN 9789672948711

Official URL: https://sites.google.com/uitm.edu.my/irex2024/home

Abstract

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran penting yang diajar di sekolah sama ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah. Namun, sering dikatakan bahawa kebanyakan murid kurang meminati mata pelajaran matematik. Perkara ini telah membuatkan ibu bapa bimbang akan prestasi anak-anak mereka terhadap mata pelajaran matematik. Oleh itu, kami telah menghasilkan sebuah aplikasi dengan bertujuan untuk menarik minat murid-murid terhadap mata pelajaran matematik. Dengan adanya aplikasi ini murid-murid dapat menjawab soalan berkaitan operasi dengan cekap tanpa menggunakan kalkulator. Aplikasi ini boleh membantu mempertingkatkan lagi kefahaman murid-murid. Aplikasi ini dinamakan sebagai Interactive Math Game. Interative Math Game ini mempunyai 2 jenis tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 mengandungi operasi tambah dan tolak manakala Tahap 2 pula mengandungi operasi darab dan bahagi. Setiap tahap mempunyai 5 soalan dengan operasi yang dipilih secara rawak oleh sistem. Apabila murid selesai menjawab soalan, mereka akan diberitahu skor yang diperolehi berdasarkan jumlah soalan yang betul dan akan diberi pilihan sama ada berhenti bermain, ulang semula ataupun melanjutkan tahap yang lain. Permainan ini bukan sahaja boleh dimainkan oleh murid-murid malahan orang dewasa juga boleh mencubanya. Kesimpulannya, aplikasi ini dapat membantu murid-murid menjawab soalan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dalam masa yang singkat dan dapat meningkatkan lagi prestasi murid-murid dalam mata pelajaran matematik.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Soffi, Siti Nor Shashina
airina5227@gmail.com
Mohammad Azrin, Nur Aufa Zahra
m-11384455@moe-dl.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Editor
Mohd Zukhi, Mohd Zhafri
zhafri319@uitm.edu.my
Editor
Zakaria, Shahida Farhan
shahidafarhan@uitm.edu.my
Editor
Shamsuddin, Norin Rahayu
norinrahayu@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Page Range: p. 65
Keywords: Mata pelajaran matematik, Permainan, Murid-murid, Aplikasi, Interactive Math Game
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142958
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 142958.pdf] Text
142958.pdf

Download (4MB)

ID Number

142958

Indexing

Statistic

Statistic details