Sebagai persediaan untuk para pelajar perakaunan menghadapi Penilaian Akhir dan juga peperiksaan yang bakal berlangsung pada Februari 2023, satu sesi pengukuhan bagi kursus ACC 106 (Introduction to Accounting) telah diadakan bertempat di bilik kuliah, UiTM Pahang, Kampus Jengka. Kaedah pengajaran bagi sesi pengukuhan ini menggunakan salah satu produk inovasi dari Fakulti Perakaunan iaitu Accounting on the Block (AOTB). Sesi ini diketuai oleh Puan Norlaila binti Md Din dan dibantu oleh pensyarah-pensyarah Perakaunan yang lain sebagai fasilitator iaitu Norlaily Asnawi binti Sulaiman, Salehah Zafirah binti Zulkepli, Norlinda binti Zainal Abdul, Iliya Dayini binti Imran dan Arina Nabilah binti Abd. Latif untuk memastikan sesi berjalan dengan lancar.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Sulaiman, Norlaily Asnawi UNSPECIFIED Md Din, Norlaila UNSPECIFIED Nias Ahmad, Mohamad Azmi UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HG Finance > Banking > Accounting. Bookkeeping H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations L Education > LC Special aspects of education > Forms of education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Keywords: | Peperiksaan, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 10 February 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142955 |
142955.pdf
