Animal world quiz

Soffi, Siti Nor Shahsina and Mohd Shafiz, Muhammad Afiq Darwisy (2024) Animal world quiz. In: International Industrial Revolution 4.0 Exposition : Innovating, Transpiring Dreams. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 63. ISBN 9789672948711
Abstract

Dalam pendidikan sains dan matematik, hampir separuh murid di Malaysia kurang meminati belajar subjek ini dalam peringkat rendah dan menengah. Hal ini kerana, sebahagian murid merasa bosan sewaktu mempelajari subjek sains dan matematik. Tambahan pula baru-baru ini Kemeterian Pendidikan mengeluarkan satu isu yang menjelaskan murid di Malaysia buta matematik. Oleh itu, kami membuat satu kajian yang bertujuan melahirkan murid yang meminati belajar subjek sains dan matematik. Selain itu, memastikan murid lebih mudah memahami serta menguasai subjek ini. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan melahirkan murid yang bijak dan cekap untuk menjawab soalan sains dan matematik. Oleh itu, kami mengambil satu inisiatif dengan mencipta satu inovasi permainan yang berasaskan subjek sains dan matematik iaitu Animal World Quizss. Hasil pemerhatian yang kami dapat daripada inovasi ini ialah murid lebih memahami dan menggemari subjek ini. Selain itu, inovasi ini menjadikan murid lebih cekap untuk menjawab segala soalan sains dan matematik. Oleh itu, terbuktilah bahawa pembelajaran berasakan permainan dapat meningkatkan tahap pembelajaran di dalam bilik darjah. Secara keseluruhannya, inovasi yang dicipta mampu membantu murid memahami subjek ini dengan lebih berkesan sekaligus dapat menarik minat murid mempelajari subjek ini. Selain itu, inovasi ini mampu meningkatkan tahap pemikiran murid menjawab persoalan mengenai sains dan matematik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142954.pdf]
Text
142954.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics