Pahang, 31 Januari 2023– Keluarga merupakan insan selayaknya dan bertanggungjawab penuh dalam memastikan tahap perkembangan kognitif anak-anak dari peringkat awal hingga dewasa berada dalam keadaan yang baik. Pengaruh hubungan kekeluargaan ini dapat memberi kesan jangka panjang kepada murid kerana mereka akan merasakan kehangatan kasih sayang daripada ibu bapa serta adik-beradik dan secara tidak langsung mengurangkan permasalahan berkaitan emosi dan tingkah laku. Demi mengekalkan kesejahteraan psikologi ini, satu program Bengkel Anak Cemerlang: Aku & keluarga” telah diadakan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang yang melibatkan seramai 37 murid orang asli Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan. Program ini merupakan kesinambungan daripada Geran Penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Nurshahira Ibrahim, Pensyarah Kanan UiTM Pahang dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pahang yang memberi fokus kepada kesejahteraan psikologi murid orang asli.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Nurshahira UNSPECIFIED Mustapha, Ramlan UNSPECIFIED Mohamed, Asjad UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Strategic alliances. Business networks H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Social service. Social work. Charity organization and practice L Education > LC Special aspects of education > Education and globalization. Education and society |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Keywords: | Anak cemerlang, Orang asli, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 2 February 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142953 |
142953.pdf
