Kaedah permainan ‘RinG 3.0’ dalam meningkatkan kefahaman serta minat belajar murid dalam subjek Geografi Tingkatan 3

Md Nawi, Mohd Nazruddin (2023) Kaedah permainan ‘RinG 3.0’ dalam meningkatkan kefahaman serta minat belajar murid dalam subjek Geografi Tingkatan 3. APS Proceedings, 4 (1): 57. pp. 409-417. ISSN 003428568-X

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/370083684...

Identification Number (DOI): 10.5281/zenodo.7832257

Abstract

RinG 3.0 adalah kaedah pembelajaran berasaskan permainan. Objektif kaedah ini adalah untuk melihat keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi Tingkatan 3. RinG 3.0 adalah merupakan versi yang ditingkatkan berikutan penggunaan sukatan pelajaran berasaskan KSSM untuk menggantikan silibus KBSM sebelumnya. Idea RinG 3.0 muncul setelah penyelidik mendapati bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran konvensional (PdP) yang digunakan untuk subjek ini agak membosankan. Buku teks dan bahan pembelajaran dengan maklumat dan gambar yang terhad menjadikannya lebih membosankan. Terdapat juga murid yang mempunyai minat untuk mendengar maklumat dari guru, ada pula yang suka mendapatkan maklumat dari internet tak kurang juga yang hanya mendapatkan maklumat semata-mata dari buku buku teks sekolah. Hasilnya, pelajar menjadi kurang minat dan sukar memahami topik-topik yang dipelajari. Oleh yang demikian, objektif khusus inovasi ini adalah bertujuan untuk murid-murid memahami dan menguasai kepelbagaian jenis tumbuh-tumbuhan, hidupan liar dan sumber semula jadi yang terdapat di Malaysia dengan baik. kajian Permainan RinG 3.0 berfungsi untuk membantu meningkatkan dan memantapkan pemahaman murid mengenai topik yang dipelajari. Setakat ini, ujian pada permainan secara konsisten menunjukkan hasil yang positif. RinG 3.0 dilengkapi dengan ciri permainan yang menyeronokkan dan interaktif, menjadikan murid lebih bermotivasi dan fokus untuk mempelajari mata pelajaran Geografi. Oleh itu, permainan ini berfungsi untuk membantu meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman murid terhadap topik-topik yang diajar. Tahap ingatan dan minat pelajar telah meningkat dengan ketara dalam tempoh yang lebih singkat berbanding sebelumnya. Di samping itu juga, melalui pembelajaran berasaskan permainan ini dapat menerapkan elemen Pendidikan Alaf Ke-21 (PAK 21) di dalam kelas. Diharapkan ianya dapat menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Nawi, Mohd Nazruddin
g-47140868@moe-dl.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teaching aids and devices
L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: APS Proceedings
ISSN: 003428568-X
Volume: 4
Number: 1
Page Range: pp. 409-417
Keywords: Biogeography, Educational games, Geography
Date: 18 April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142947
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 142947.pdf] Text
142947.pdf

Download (1MB)

ID Number

142947

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details