Abstract
Perkembangan teknologi dan inovasi pendidikan seharusnya dimanfaatkan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (PdPc). Tujuan Kit Pembelajaran Asas PLC dibangunkan menggunakan PLC, perisian Siemens LOGO v8.1 dan WIFI adalah untuk membantu pelajar menguasai kemahiran sambungan pendawaian, aturcara PLC serta amalannya. Melalui Laporan Pencapaian Hasil Pembelajaran pelajar semester 3 tahun 2019 dan 2020 mendapati pelajar lemah dalam menguasai kemahiran mengendalikan Programming Logic Controller samada secara teori ataupun amali. Dua aspek penting yang diterapkan pada kit latihan ini adalah Conceptual Knowledge dan Experiential Learning. Model reka bentuk pengajaran ADDIE telah digunakan dalam proses pembangunan kit latihan. Hasil dari pembangunan kit latihan telah meningkatkan pencapaian pelajar semester 3 2021. Diharapkan pensyarah dapat menerapkan elemen teknologi IoT di dalam PdPc PLC sebagai nilai tambah kepada pelajar.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Manaf, Roslina lieyna1984@gmail.com |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Technology. Educational technology > Instructional systems L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Technology. Information technology. Internet in higher education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | APS Proceedings |
| ISSN: | 003428568-X |
| Volume: | 4 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 348-361 |
| Keywords: | Experiential learning, Internet of things, Programmable controllers |
| Date: | 18 April 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142940 |
