Abstract
W One Stop Digital Centre UPK @ KVPM adalah satu inovasi menggabungkan perkhidmatan Unit Psikologi dan Kerjaya dalam satu platform medium internet. Bermatlamat menyediakan penyaluran maklumat efisyen dan komprehensif, ia merupakan pendekatan sofistikated untuk klien UPK. Perkhidmatan utama aplikasi ini termasuklah Borang Temujanji Klien, Borang Rujukan Pensyarah, pelaporan harian kaunselor,rekod sesi dan program, aplikasi media sosial rasmi unit serta Kajian Pengesanan Graduan dan kepelbagaian halatuju kerjaya graduan selepas bergraduat. Perkhidmatan berkaitan adalah borang permohonan kemasukan lepasan tingkatan tiga, borang perkhidmatan luar untuk Ibu bapa, agensi awam, swasta, masyarakat setempat dan komuniti serta borang aduan pelanggan. Untuk kemudahan mendapatkan perkhidmatan UPK, penggunaan QR Code dijana, dilekatkan di setiap blok dan diberi kepada setiap pelajar, tersedia di semua akaun media sosial kolej, unit serta web KVPM untuk penggunaan yang lebih meluas.One Stop Digital Centre UPK@KVPM dibina berdasarkan permasalahan utama Pegawai Kaunseling dan klien seperti kesukaran mendapatkan temujanji dan kekangan masa selain kesukaran pengesanan alumni KVPM. Aplikasi ini membolehkan alumni mengakses maklumat, mengemaskini data kebolehpasaran serta mendapatkan pelbagai perkhidmatan lain di satu tempat. Ia juga membantu individu introvert mendekati kaunselor melalui temujanji atau sesi bimbingan atas talian. Lambakan fail dan keciciran maklumat dapat diatasi apabila semua data berada dalam satu capaian yang cepat dan selamat. Kaji selidik15 orang Pegawai Kaunseling Kolej Vokasional Negeri Kelantan mendapat maklum balas positif, lebih 90% Pegawai Kaunseling bersetuju dengan penggunaan aplikasi ini. One Stop Digital Centre UPK@KVPM adalah platform digital bersepadu menawarkan kepelbagaian perkhidmatan UPK yang lebih tersusun , mudah diakses dan boleh digunakan oleh pelbagai pihak.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Nordin, Nor Azerina azerina79@gmail.com Wan Ab Rahman, Wan Norsitta norsitta83@gmail.com Tengku Azmi, Tengku Anisa Aiysha tgaiysh@gmail.com Yahya, Nor Ashikin ashikinyahya@gmail.com Kamaruddin, Ros Adura myrossa2205@yahoo.co.uk |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Student affairs services. Student personnel administration > Student guidance and counseling Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Computer software > Application software |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | APS Proceedings |
| ISSN: | 003428568-X |
| Volume: | 4 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 328-331 |
| Keywords: | Counseling in secondary education, Educational counseling, Vocational guidance |
| Date: | 18 April 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142938 |
