Abstract
Kebanyakan murid di Malaysia kurang meminati mata pelajaran matematik sehinggakan tidak dapat menguasai asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Tujuan permainan ini diciptakan ialah untuk menarik minat dan meningkatkan kemahiran murid terhadap mata pelajaran matematik. Aplikasi Ghost Math Game ini diciptakan melalui Scratch. Cara untuk bermain aplikasi ini adalah menjawab soalan yang berkaitan dengan mata pelajaran matematik seperti menjawab soalan yang mengandungi operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Tambahan pula, aplikasi Ghost Math Game ini juga turut menyediakan permainan menembak kepada murid untuk menarik perhatian dan menghilangkan rasa bosan murid apabila menjawab soalan matematik. Seterusnya, dengan menghasilkan aplikasi ini didapati bahawa murid lebih menggemari untuk menjawab soalan matematik yang mempunyai operasi yang senang seperti tambah dan tolak. Selain itu, didapati bahawa permainan ini dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap mata pelajaran matematik ini. Oleh itu, aplikasi Ghost Math Game ini dapat meningkatkan tahap daya ingatan dengan menjawab soalan matematik secara cepat apabila disoal serta dapat memupuk minat murid terhadap mata pelajaran matematik dengan lebih mendalam.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Soffi, Siti Nur Shahshina airina5227@gmail.com Zulfazly, Nur Aleeya Eryna gameraleeyaeryna@gmail.com |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my Editor Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my Editor Shamsuddin, Norin Rahayu norinrahayu@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 62 |
| Keywords: | Scratch, Ghost Math Game, Matematik, Aplikasi |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142937 |
