Majlis apresiasi dan taklimat perancangan PI 2023 Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi

Minhad, Nurulatika and Rosli, Fazidah and Abdul Aziz, Noorshilawati and Md Said, Mohd Syafiq and Darus, Noor Azimah (2022) Majlis apresiasi dan taklimat perancangan PI 2023 Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Program ini merupakan majlis julung kali diadakan oleh warga Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Pahang bagi meraikan seluruh warga FPA atas pencapaian tahun 2022. Program ini telah diadakan pada 19 Disember 2022 (Isnin) jam 8.00 malam – 10.30 malam bertempat di Hotel Darul Makmur, Jerantut, Pahang. Program ini melibatkan 40 orang staf yang terdiri daripada 17 orang pensyarah FPA, 2 orang staf makmal FPA dan 21 orang staf Unit Pengurusan Ladang (UPL). Program ini telah mendapat kelulusan program dan penggunaan sumber kewangan dari Tabung Amanah Fakulti serta Jawatankuasa Tabung Amanah Am UiTM Cawangan Pahang. Program ini telah berjaya mencapai objektif untuk meraikan seluruh warga FPA setelah berusaha menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan sepanjang tahun 2022. Program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama warga serta meningkatkan motivasi warga FPA yang dapat menyumbang kepada Happiness Index. Program ini dapat memberi penghargaan kepada staf sebagai rasa terima kasih daripada pihak pengurusan disamping dapat memotivasi dan meningkatkan produktiviti staf. Selain itu, program ini juga telah menjadi medium bagi perancangan strategik Fakulti bagi Tahun 2023.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142935.pdf]
Text
142935.pdf
Download (323kB)
Indexing & Metrics