Science shooter

Soffi, Siti Nor Shahshina and Ismail, Siti Aina Sofea (2024) Science shooter. In: International Industrial Revolution 4.0 Exposition : Innovating, Transpiring Dreams. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 61. ISBN 9789672948711
Abstract

Kami telah menjalankan penyelidikan di akhbar dan artikel di internet lalu mendapati bahawa penguasaan murid di Malaysia dalam bidang sains adalah lemah. Oleh itu, kami mencipta permainan ini untuk memupuk minat murid dalam bidang sains bagi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Selain itu, permainan ini dicipta supaya murid dapat memanfaatkan penggunaan gajet daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Maka, kami mencipta permainan “Science Shooter” bagi membantu murid-murid untuk mempelajari subjek sains dengan mudah. Permainan ini merupakan permainan dalam talian yang dilengkapi dengan beberapa soalan dalam bidang sains. Antara topik yang diketengahkan dalam permainan ini adalah keperluan asas benda hidup, bahan buangan, dan kerosakan makanan. Permainan ini disertakan dengan latar belakang yang menarik dan sesuai untuk murid sekolah. Pemilihan kaedah ini adalah berdasarkan cara pembelajaran bermain sambil belajar. Hasilnya, permainan ini berkesan untuk membantu murid memahami sesebuah topik tanpa sebarang tekanan. Konklusinya, permainan “Science Shooter” dapat memberi kesan yang positif dari segi pembelajaran sekali gus menarik minat murid-murid untuk mempelajari sains.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142868.pdf]
Text
142868.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics