Abstract
Kebanyakan murid sukar untuk memahami mata pelajaran sains terutamanya dalam subtopik pengelasan haiwan, kelas makanan dan khasiatnya serta sistem suria. Tujuan permainan ini dihasilkan untuk memudahkan murid lebih memahami semua subtopik tersebut. Selain itu, aplikasi ini dapat menambah baik prestasi murid dalam pelajaran sains. Aplikasi Box Kid Puzzle dicipta dengan menggunakan aplikasi Maze Game dan aplikasi ini merupakan satu permainan dicipta yang mempunyai halangan. Tambahan pula, permainan ini dapat dikatakan permainan mencari jalan keluar sehingga murid dapat menemukan jalan keluar. Permainan edukatif ini mempunyai jalan yang sempit dan berliku-liku. Oleh itu, setiap bahagian permainan ini mempunyai soalan berkaitan pengelasan haiwan, kelas makanan dan khasiatnya serta sistem suria. Seterusnya, apabila murid ini sudah melepasi satu bahagian, markah dan kedudukan dipamerkan di hujung permainan. Hasil dapatan aplikasi Box Kid Puzzle dapat meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran, murid lebih memahami mata pelajaran sains terutamanya dalam ketiga-tiga subtopik tersebut. Ringkasnya, aplikasi Box Kid Puzzle dapat memupuk minat murid terhadap mata pelajaran sains.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Soffi, Siti Nur Shahshina airina5227@gmail.com Ahmad Yusri, Nur Iman Umairah mimi885407@gmail.com |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my Editor Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my Editor Shamsuddin, Norin Rahayu norinrahayu@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 60 |
| Keywords: | Box Kid Puzzle, Maze Game, Pengelasan haiwan, Kelas makanan dan khasiatnya, Sistem suria |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142865 |
