Jom faham Biologi: penggunaan peta konsep dan media sosial dalam pemahaman subjek Biologi di peringkat sekolah menengah

Azis, Tun Mohd Firdaus (2023) Jom faham Biologi: penggunaan peta konsep dan media sosial dalam pemahaman subjek Biologi di peringkat sekolah menengah. APS Proceedings, 4 (1): 46. pp. 323-327. ISSN 003428568-X
Abstract

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia 2020-21 telah memaksa semua instituisi Pendidikan negara ditutup. Ini menyebabkan para guru terpaksa mengajar secara dalam talian bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran masih berjalan walaupun dalam keadaan yang terhad. Ini termasuklah pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Biologi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Subjek Biologi merupakan subjek yang susah untuk diajar oleh guru dan susah juga untuk difahami oleh para pelajar. Oleh itu, penggunaan peta konsep dan media sosial Youtube telah dihasilkan bagi membantu para guru dan pelajar untuk memahami lebih mudah subjek Biologi ini. Keberkesanan penggunaan peta minda dan media sosial Youtube dilihat memberangsangkan melalui jumlah tontonan video yang mencapai 693,929 dan jam tontonan sebanyak 105,238 jam tontonan. Majoriti komen dari setiap video juga memperlihatkan para pelajar dan guru dapat faham pengajaran subjek Biologi yang diterangkan menggunakan peta konsep dan video.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142864.pdf]
Text
142864.pdf
Download (819kB)
Indexing & Metrics