Abstract
Fertigasi adalah kaedah paling rasional dalam meningkatkan pengeluaran tanaman. Dalam sistem fertigasi jenis terbuka, larutan nutrien disalurkan terus ke tanah melalui saluran terbuka. Ini adalah kaedah yang mudah dan murah, tetapi memerlukan pengawasan yang baik untuk mengelakkan pembaziran nutrien. Bagi membantu mengatasi masalah ini, projek Natural Smart Fertigation System dihasilkan dengan berpandukan Bidang Projek: Sains Kehidupan, bertemakan SDG 12: Responsible Consumption and Production bagi membantu pekebun mengaplikasikan sistem fertigasi yang ringkas, mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Projek ini dapat menambahbaik sistem fertigasi sedia ada dengan membuat penambahbaikan kepada sistem automasi secara semulajadi terhadap penitis air tanpa menggunakan peralatan elektronik seperti pemasa dan sebagainya namun sistem pengendaliannya hanya menggunakan sebahagian ciri mekanikal iaitu injap apung dari pam tandas terpakai, sistem perpaipan yang disambung bersama spring, bekas yang diisi dengan span, sabut atau kain terpakai serta bahagian lain yang menjadi asas kepada sistem fertigasi. Aspek cuaca dan persekitaran turut dikaitkan dengan projek ini menjadikannya sebuah projek yang mesra alam dan lestari. Dalam usaha penjimatan sumber tenaga juga, ia membantu pengguna dalam aspek penjimatan kos, masa dan tenaga. Hasil pembangunan projek ini dapat melahirkan generasi berkemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah seterusnya membuka peluang menghasilkan produk berkualiti bagi memenuhi Revolusi Industri 4.0.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Khalid, Muhammad Fikri Hazim shamismail@moe.edu.my Wan Azlan, Wan Zikry Aiman UNSPECIFIED Zakaria, Nur Awatif Zahra UNSPECIFIED Jaafar, Liyana Batrisya UNSPECIFIED Jamili, Aifa Syuhada UNSPECIFIED Norekhsan, Nurul Balqis UNSPECIFIED Kelana Putra Setia, Dania Zahra UNSPECIFIED Bakar, Ahmad Bunyameen Iman UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my Editor Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my Editor Shamsuddin, Norin Rahayu shahidafarhan@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 57 |
| Keywords: | Natural Smart, Fertigasi, Lestari, Revolusi |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142855 |
