Kepentingan penilaian kualiti air di Taman Tema Jengka Wonderland

Ab Manan, Wan Noni Afida and Sulaiman, Fazrul Razman and Megat Hanafiah, Megat Ahmad Kamal and Abdullah @ Rafie, Mohd Zahari and Daud, Shaari and Zainuddin, Nur Sha'adah and Harith, Siti Suhaila and Ekramuddin, Mohd Rafi (2022) Kepentingan penilaian kualiti air di Taman Tema Jengka Wonderland. UiTM News Hub. pp. 1-4.
Abstract

Destinasi pelancongan berasaskan air semakin digemari pelancong, maka dengan inisiatif untuk memantau kualiti air di taman tema amatlah penting. Kebelakangan ini, terdapat peningkatan jumlah kes orang ramai yang mendapat jangkitan penyakit selepas mandi di kolam renang awam atau di taman tema air. Jangkitan penyakit bawaan air ini berpunca daripada mikroorganisma patogen yang berada di dalam kolam yang tercemar. Sumber kehadiran patogen ini sama ada daripada pengunjung atau pengguna kolam renang dan juga persekitaran kolam. Dengan itu, pihak Sharali Holding Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka untuk menilai kualiti air mengikut garis panduan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan air kolam di taman tema tersebut selamat digunakan. Tujuan utama kerjasama antara UiTM dan industri ini adalah untuk menilai kualiti air di taman tema Jengka Wonderland dan membantu pihak industri dalam menyediakan prasarana dan perkhidmatan berkualiti kepada komuniti. Penyelidik telah menilai kualiti air di taman tema berdasarkan 10 parameter yang ditetapkan dalam ‘garis panduan pemantauan kualiti air kolam renang’ oleh KKM seperti Jadual 1.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142848.pdf]
Text
142848.pdf
Download (730kB)
Indexing & Metrics