Abstract
Dalam usaha untuk mencapai pembangunan lestari, komuniti lestari perlu dibentuk berdasarkan prinsip- prinsip kelestarian, iaitu keseimbangan antara ekonomi, sosial, dan alam sekitar. Dalam kehidupan sehari- hari, masyarakat tidak dapat lari daripada budaya kepenggunaan dan konsumerisme. “Effective Microorganism: Sustainable Disinfectant” merupakan projek inovasi berpandukan Bidang Projek: Sains Kehidupan bertemakan SDG 12: Responsible Consumption and Production telah dicadangkan bagi memenuhi aspek kepenggunaan produk seterusnya menambahkan pengetahuan dalam bidang kelestarian bagi pengguna. Projek inovasi ini dihasilkan bagi membantu para pengguna mengaplikasikan bahan pembasmi kuman seperti produk mencuci kotoran bagi lantai, dinding dan lain-lain yang bersifat lestari, ringkas, tidak memerlukan kos tinggi seterusnya boleh diaplikasikan proses pembuatannya secara sendiri di rumah. Bahan yang digunakan kebanyakan adalah bahan sisa pepejal isi rumah atau sisa pepejal komersil seperti sisa makanan iaitu sayur, buahbuahan yang buruk atau busuk dan lain-lain bahan tambahan yang diperlukan. Kemenjadian projek ini juga akan dapat membantu pengguna dalam aspek kelestarian alam sekitar, penjimatan kos, masa dan juga tenaga kerana tahap keberkesanan produk yang baik dapat dihasilkan dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh didapati disekeliling kita. Pembangunan pembudayaan STEM dapat melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah kompleks seterusnya membuka peluang untuk menghasilkan produk berkualiti bagi memenuhi Revolusi Industri 4.0.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Sobri, Afif Naufal shamismail.moe.edu.my Yusman, Alfia Erina UNSPECIFIED Norizan, Nuraisyah Dayana UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my Editor Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my Editor Shamsuddin, Norin Rahayu norinrahayu@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 56 |
| Keywords: | Effective microorganisme, Disinfectant, Kepenggunaan, Kelestarian |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142842 |
