Abstract
Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pelaksanaan Program Komuniti Kesihatan Kanak-Kanak 2025 bertemakan 'Si Manja Sihat, Komuniti Sejahtera' yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam. Program berimpak tinggi yang berlangsung di Perpustakaan Tun Raja Uda (PPAS), Shah Alam ini berjaya menarik kehadiran lebih 800 peserta dan berfungsi sebagai platform pembelajaran praktikal bagi pelajar Sarjana Muda Kejururawatan (Separuh Masa) dalam aspek komunikasi serta khidmat komuniti. Melalui kolaborasi strategik pelbagai agensi kesihatan dan pendidikan—termasuk Institut Jantung Negara (IJN), Klinik Pergigian PKD Seksyen 19, dan Unit Transfusi Darah HTAR Klang—program ini mengintegrasikan saringan klinikal interaktif seperti ujian ECG, pemeriksaan pergigian, kempen derma darah, serta saringan perkembangan kanak-kanak. Hasil inisiatif ini membuktikan keberkesanan model advokasi kesihatan awal dalam memupuk kesedaran pencegahan penyakit sejak usia muda. Kisah kejayaan ini memperkukuh peranan institusi pengajian tinggi sebagai pemangkin kesejahteraan sosial melalui pendidikan kesihatan berasaskan komuniti yang holistik dan lestari
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Noraini UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA R Medicine > RJ Pediatrics > Nursing of children. Pediatric nursing |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Faculty of Health Sciences |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Kesihatan kanak-kanak, Kejururawatan komuniti, Pendidikan kesihatan, Saringan geriatrik awal, Khidmat masyarakat, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Puncak Alam, Shah Alam |
| Date: | 21 June 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142835 |
