Bersempena dengan ‘World Food Day’ pada setiap 16 Oktober setiap tahun, Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama dari UiTM Cawangan Pahang, KPTM Kota Bharu, POLISAS Kuantan, dan Princess of Naradhiwas University, Thailand telah menganjurkan Program World Food Day 2021 secara maya selama 7 hari bermula dari 10 Oktober hingga 17 Oktober 2021. Pelbagai aktiviti menarik yang dirangka dan dilaksanakan sempena Program ini seperti Webinar dan bengkel perkongsian ilmu, program yang melibatkan STEM kepada pelajar sekolah, bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan serta pelbagai pertandingan yang menarik untuk semua lapisan masyarakat. Para peserta untuk program yang berlangsung selama 7 hari ini melibatkan segenap lapisan masyarakat seperti pelajar sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi, petani, staf akademik dan pentadbiran serta komuniti setempat. Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Pahang selaku penganjur bersama telah menyertai dua pertandingan yang di anjurkan sempena program ini. Pertandingan pertama adalah pertandingan “International Virtual Food Oratory Competition 2021” anjuran POLISAS di mana, satu kumpulan pelajar FPA yang di wakili oleh Muhammad Imran Bin Ahmad Rapaie dan Nur Atiqah Iman Binti Muhammad Mozaffar, pelajar semester 5 telah membentangkan satu pembentangan yang bertajuk ‘You Are What You Eat!’ sempena pertandingan ini. Kumpulan pelajar ini telah membawa pulang RM 100 sebagai penerima hadiah sagu hati.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Che Lah, Mohd Khairi UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Strategic alliances. Business networks H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations L Education > LC Special aspects of education > Education and globalization. Education and society L Education > LC Special aspects of education > Forms of education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Keywords: | World food day, Universiti Malaysia Kelantan, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 22 November 2021 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142819 |
142819.pdf
