Faktor penyumbang kepada keterlibatan penjawat awam wanita di Sabah sebagai pemimpin organisasi

Koh, Jacqueline Siew Len and Mohammed, Rozita@Uji and Jidwin@Paul, Agnes Paulus and Tajuddin, Dewi and David, Jasmine (2023) Faktor penyumbang kepada keterlibatan penjawat awam wanita di Sabah sebagai pemimpin organisasi. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 14: 37. pp. 310-314. ISSN 2948-5045
Abstract

Artikel ini membincangkan tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada keterlibatan penjawat awam wanita sebagai pemimpin di organisasi tempat mereka berkhidmat. Seramai 25 orang penjawat awam wanita di Sabah yang menjawat Gred 48 dan ke atas telah ditemu bual. Hasil daripada temu bual berkaitan menunjukkan terdapat dua kategori faktor yang menyumbang kepada keterlibatan wanita di dalam dunia kepimpinan iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman terdiri daripada intrapersonal responden berkaitan kepimpinan seperti keberkesanan kepimpinan, stail kepimpinan, motivasi kepimpinan dan keperibadian kemimpinan yang mana menjadi penyumbang utama (primer) kepada keterlibatan wanita sebagai pemimpin atau ketua di tempat kerja. Selain itu, sokongan organisasi yang dikategorikan sebagai faktor luaran dilihat memainkan peranan kedua (sekunder) terpenting kepada keterlibatan wanita sebagai seorang pemimpin. Dasar kerajaan yang menetapkan 30 peratus kuota untuk wanita diangkat sebagai pemimpin dalam kerajaan negeri khususnya dilihat amat kritikal dalam meningkatkan jumlah pemimpin wanita.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142818.pdf]
Text
142818.pdf
Download (85kB)
Indexing & Metrics