Game Board Kimia

Mohd Noor, Noorsyahirah (2023) Game Board Kimia. APS Proceedings, 4 (1): 43. pp. 303-309. ISSN 003428568-X

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/370083684...

Identification Number (DOI): 10.5281/zenodo.7831698

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid tingkatan 4 dan 5 yang mengambil matapelajaran Kimia. Seramai 25 orang murid tingkatan 4 dan 5 digunakan sebagai peserta kajian di mana mereka terdiri daripada 10 murid daripada kelas 4 Harapan, 5 orang murid Tingkatan 5 Ikhlas dan 10 orang murid kelas 5 Harapan. Pengkaji telah membuat pemilihan sampel kajian berdasarkan keputusan ujian intervensi yang telah diadakan pada bulan Julai 2022 di mana sampel kajian terdiri daripada murid yang mendapat gred G. Hasil tinjuauan oleh pengkaji mendapati bahawa punca murid-murid ini gagal adalah mereka tidak mahir dalam menjawab soalan asas terutama soalan berbentuk definisi dan pengiraan mudah. Memandangkan bentuk soalan Kimia SPM berformat baharu amat menekankan definisi sesuatu terma, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk merekacipta dan merekabentuk satu pembelajaran berasaskan permainan agar murid-murid tidak mudah bosan. Di samping itu, murid- murid juga boleh belajar sambil bermain. Oleh itu, pengkaji telah menggunapakai model kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan kefahaman asas dan daya ingatan mereka serta minat murid, iaitu pengenalan kepada satu pembelajaran berasaskan permainan yang dinamakan Game Board Kimia. Dalam kajian ini, peserta kajian telah didedahkan kepada permainan Game Board Kimia selama 40 minit selama tiga minggu. Sebelum permainan Game Board Kimia diperkenalkan, pengkaji telah menggunakan kaedah chalk and talk untuk menguji tahap kefahaman para peserta kajian. Keputusan ujian selepas tindakan telah menunjukkan peningkatan prestasi murid yang ketara di mana mereka dapat mendefinisikan terma kimia dengan baik. Dapatan soal selidik pula menunjukkan pelajar lebih berminat dan seronok belajar dengan menggunakan Game Board Kimia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Noor, Noorsyahirah
noorsyahirah@smkcochrane.net
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teaching aids and devices
Q Science > QD Chemistry > General. Including alchemy
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: APS Proceedings
ISSN: 003428568-X
Volume: 4
Number: 1
Page Range: pp. 303-309
Keywords: Academic achievement, Chemistry, Educational games
Date: 18 April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142814
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 142814.pdf] Text
142814.pdf

Download (763kB)

ID Number

142814

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details