Hubungan antara penggunaan Augmentasi Realiti dengan pencapaian akademik dan penerimaan pelajar kolej vokasional

Bakar, Rosdiana (2023) Hubungan antara penggunaan Augmentasi Realiti dengan pencapaian akademik dan penerimaan pelajar kolej vokasional. APS Proceedings, 4 (1): 42. pp. 297-302. ISSN 003428568-X

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/370083684...

Identification Number (DOI): 10.5281/zenodo.7831696

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur penerimaan augmentasi realiti dalam kalangan pelajar kolej vokasional bagi topik TCP/IP menggunakan Model Penerimaan Teknologi pelajar kolej vokasional Kuala Lumpur dan Selangor. Terdapat enam konstruk yang digunakan dalam model berkenaan iaitu penggunaan berkesan, pengaruh sosial, keseronokan, pembelajaran kendiri, kemudahgunaan dan hasrat tingkah laku serta kaitannya dengan pencapaian pelajar dalam topik TCP/IP. Kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk korelasi keratan rentas ini melibatkan 92 orang sampel daripada empat buah kolej vokasional di Kuala Lumpur dan Selangor yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak mudah. Pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik dan maklumat skor markah TCP/IP. Data dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Analisis inferensi yang dijalankan adalah ujian korelasi Pearson dan analisis regresi berganda. Hasil kajian mendapati hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar dalam topik TCP/IP bagi konstruk penggunaan berkesan (r = .68), pengaruh sosial (r =.50), keseronokan (r = .58), pembelajaran kendiri (r = .49), kemudahgunaan (r = .53) dan hasrat tingkah laku (r = .54). Analisis regresi berganda menunjukkan penggunaan berkesan, keseronokan dan hasrat tingkah laku menyumbang 54 peratus perubahan varians (R2 = .54, F(3,88)=35.05, p<.05) terhadap pencapaian pelajar dalam topik TCP/IP. Kesimpulannya, penerimaan augmentasi realiti dalam kalangan pelajar kolej vokasional bagi topik TCP/IP adalah baik berdasarkan Model Penerimaan Teknologi. Implikasinya, penggunaan Augmentasi Realiti boleh diteruskan dan diperluaskan sebagai alat bantu belajar dalam pembelajaran kandungan yang berorientasikan teknikal dan abstrak.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Bakar, Rosdiana
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Augmented reality. Mixed reality. Virtual reality
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: APS Proceedings
ISSN: 003428568-X
Volume: 4
Number: 1
Page Range: pp. 297-302
Keywords: Academic achievement, Augmented reality in education, TCP/IP (computer network protocol)
Date: 18 April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142809
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 142809.pdf] Text
142809.pdf

Download (736kB)

ID Number

142809

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details