Saidina: WW II (World War II)

Mohamad Yusra, Muhammad Umar and Mohamad Yusra, Maryam Jameelah (2024) Saidina: WW II (World War II). In: International Industrial Revolution 4.0 Exposition : Innovating, Transpiring Dreams. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 51. ISBN 9789672948711
Abstract

Subjek Sejarah merupakan subjek teras yang wajib diambil oleh semua pelajar menengah rendah. Sejajar matlamat pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, pencapaian pelajar dalam subjek Sejarah adalah agak membimbangkan. Rata-rata pelajar mengatakan menghadapi masalah mengingat fakta-fakta dalam subjek Sejarah kerana terlalu banyak fakta yang perlu diingat. Hal ini menyebabkan pelajar tidak meminati subjek Sejarah kerana bagi mereka ianya membosankan, sukar difahami, tiada kaitan dengan hidup mereka secara langsung dan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran Sejarah menjadi pasif. Antara faktor penyumbangnya ialah disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak berminat untuk membaca dan ingin tahu, cara pelajar menghafal fakta tanpa memahami konsep dan kronologi peristiwa yang berlaku dan sikap pelajar yang tidak suka bertanya untuk faham. Selain itu, pelajar juga terlalu bergantung kepada ayat buku teks menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan apabila ayat tersebut diubah dan juga kebergantungan kepada fakta buku teks semata-mata menyebabkan pelajar tepu dan tegar untuk berfikir. Satu pembelajaran berasaskan permainan telah diilhamkan menggunakan permainan papan seumpama Saidina telah dibina. Satu topik dalam subjek Sejarah Tingkatan 4 berkaitan Perang Dunia Ke II telah dipilih selaras untuk tujuan ini. Permainan ini dicipta untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka tentang subjek sejarah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142808.pdf]
Text
142808.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics