Usage of timber and engineered timber products in the construction industry

Abdul Aziz, Nurul Faiizin (2021) Usage of timber and engineered timber products in the construction industry. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi di atas limpah nikmat kurniaNya yang memberi peluang dan ruang kepada Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UiTM Cawangan Pahang dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Institut Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengurusan Mampan (IIESM) dalam menjayakan program webinar berkaitan kayu dan produk kayu berkejuruteraan dalam industri pembinaan pada 21 Oktober 2021 yang lalu. Program webinar ini diketuai oleh YBrs Dr Nurul Faiizin Aziz dan dikendalikan oleh beberapa ahlijawatankuasa yang telah dilantik bagi memastikan program berjalan dengan lancar. Webinar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Mahpar Atan, Ketua Pengarah MTIB. Turut meraikan adalah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof Madya Dr Nazirah Ramli yang mewakili Rektor UiTM Cawangan Pahang serta tetamu khas iaitu Pengarah IIESM, Prof Dr Nor Hayati Abd Hamid. Webinar yang bertajuk ‘Usage of Timber and Engineered Timber Products in the Construction Industry’ diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan serta maklumat secara komprehensif berkenaan penggunaan kayu dan juga produk kayu berkejuruteraan seperti glued laminated timber, cross laminated timber dan oriented strand board sebagai bahan binaan dalam industri. Selain itu, webinar ini juga turut membincangkan mengenai isu, cabaran dan masa depan penggunaan bahan ini di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142806.pdf]
Text
142806.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics