Harapan warnai angan-angan
fikiran menerawang cari kenangan
daun-daun duka berserakan di kanvas waktu
menyeret luka dalam perjalanan
bangkitkan minda persepsi positif
usah persiakan hidup dalam kemelut durja hari ini
Hadirkan makna dalam jendela realiti
selagi masih bernafas letakkan kandil cinta
peluang bersuara masih ada diapit syukur
lelah biar berbayar cari sinar dalam diri
wangian tertiup di segenap ruang kejujuran
mutiara hikmah merenda di lingkaran silaturahim
indah menyapa di celah harapan
tersedar perjalanan baru bermula
Jangan takut berjalan lambat
takutlah jika tidak boleh memulakan langkah
tindakan adalah kunci dasar segala sukses
mulakan walau hanya membayangkan di dalam mimpi
asal sahaja berani gagal
saat jatuh bergeming dalam puing-puing kaca
bawalah semangat mencari penghujung cerita
buang masa lalu jika ia membebankan
bahawa di setiap permulaan ada akhirnya
bicaranya senja esok pagi segalas kemenangan menanti pasti.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Mohd Rosly, Wan Nur Shaziayani shaziayani@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
| ISSN: | 2637-0077 |
| Keywords: | Bangkit & harapan, Tindakan, Ketabahan |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142799 |
142799.pdf
