Jumanji-science gameboard

Mohd Yusra, Ahmad Uwais and Mohd Nurrahmat, Muhammad Nurrojulul Mulha Al Fateh and Rosli, Azim Hazri (2024) Jumanji-science gameboard. In: International Industrial Revolution 4.0 Exposition : Innovating, Transpiring Dreams. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 50. ISBN 9789672948711
Abstract

Statistik yang membimbangkan dalam pelan hala tuju pendidikan Malaysia menurut Persatuan STEM Kebangsaan (NSA) menunjukkan hanya 19 peratus pelajar di peringkat menengah memilih aliran sains sejak 2020. Antara faktor yang menyumbang kepada kurangnya minat berkaitan perkara ini bermula pada peringkat sekolah rendah yang merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik, dan sukatan pelajaran yang meluas yang membawa kepada kesukaran untuk memahami subjek – subjek STEM seperti sains, matematik dan Rekabentuk dan Teknologi (RBT). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran semasa dalam mata pelajaran ini dijalankan secara konvensional dan kurang interaktif. Satu pembelajaran berasaskan permainan yang diilhamkan daripada permainan papan telah dibina selaras untuk tujuan ini, iaitu Jumanji-Science Gameboard yang terdiri daripada standard kandungan Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Permainan ini dicipta untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman dalam mata pelajaran sains. Seramai 30 orang responden terlibat dalam kajian rintis ini yang mana 90 peratus bersetuju bahawa prosedur atau pelan permainan dalam kaedah pembelajaran permainan ini diterangkan dengan jelas dalam borang peraturan dengan majoriti bersetuju bahawa permainan ini mudah digunakan. 95 peratus responden juga menyokong permainan ini dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam subjek sains, justeru bersetuju untuk menggunakan permainan ini pada masa hadapan dan akan mengesyorkannya kepada orang lain.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142775.pdf]
Text
142775.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics