Penggunaan EZPZ Puzzle Map dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah

Samsuri, Noorainul Arifah (2023) Penggunaan EZPZ Puzzle Map dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. APS Proceedings, 4 (1): 39. pp. 276-279. ISSN 003428568-X

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/370083684...

Identification Number (DOI): 10.5281/zenodo.7831656

Abstract

Inovasi dalam Pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan kaedah pengajaran terbaru demi mengukuhkan pemahaman pelajar. Pendekatan yang diaplikasikan ialah pendekatan konstruktif atau student centered learning yang melibatkan pelajar bergerak aktif bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Objektif projek ini ialah untuk mengkaji persepsi guru-guru dan pelajar-pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran (PDP) matapelajaran Sejarah menggunakan pendekatan EZPZ Puzzle Map. Kaedah ini adalah salah satu penambahbaikan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) matapelajaran Sejarah dengan penggunaan BBM yang kreatif dan inovatif. Pernyataan masalah dalam kajian ini ialah matapelajaran Sejarah adalah matapelajaran yang kurang diminati oleh kebanyakan pelajar terutama aliran vokasional kerana mereka perlu menghafal dan mengingat kronologi peristiwa Sejarah, selain penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang kurang kreatif dan inovatif. Kajian ini juga bersifat kualitatif iaitu menggunakan kaedah temubual berstruktur melibatkan 6 orang responden yang terdiri daripada para guru dan pelajar. Data-data yang diperolehi daripada temubual akan ditranskripsikan dan dianalisis secara manual untuk menjawab persoalan kajian. Hasil kajian mendapati EZPZ puzzle map suatu bahan bantu mengajar (BBM) yang kreatif dan inovatif mampu menjadikan penggunanya iaitu guru dan pelajar berasa seronok dan berminat untuk mempelajari matapelajaran Sejarah, seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Inovasi ini dapat meningkatkan produktiviti, mempermudahkan dan mampu memperjelaskan lagi konsep dalam pengajaran dan pembelajaran berikutan kos yang berpatutan dan bahan bantu mengajar yang mudah didapati dipasaran.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Samsuri, Noorainul Arifah
noorainularifah@gmail.com
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teaching aids and devices
L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: APS Proceedings
ISSN: 003428568-X
Volume: 4
Number: 1
Page Range: pp. 276-279
Keywords: History, Puzzles, Vocational education students
Date: 18 April 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142749
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 142749.pdf] Text
142749.pdf

Download (500kB)

ID Number

142749

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details