Abstract
Topik reka bentuk pengaturcaraan merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah memberi fokus kepada penggunaan kod-kod arahan pengaturcaraan, fitur-fitur pada antara muka perisian pengaturcaraan dalam menghasilkan sebuah atur cara baharu. Kegagalan murid untuk menguasai kemahiran dalam pengaturcaraan berpunca daripada amalan pengajaran guru secara pemusatan guru disamping kekurangan sumber pengajaran terhadap topik tersebut. Oleh yang demikian, intervensi yang dilaksanakan adalah melalui pengintegrasian pembelajaran teradun dan pembelajaran berasaskan projek dengan sokongan halaman sistem pengurusan bahan yang dinamakan sebagai Oh My Blox!. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam topik pengaturcaraan dalam kalangan murid tahap 2 sekolah rendah menggunakan melalui kaedah pengumpulan data seperti pemerhatian berstruktur, analisis dokumen, soal selidik dan temubual. Hasil dapatan menunjukan bahawa intervensi ini memberi kesan positif dimana berlaku perubahan tahap penguasaan murid bagi kemahiran pengaturcaraan. Melalui intervensi ini, sebanyak 67% murid bersetuju intervensi memberi impak kepada motivasi belajar dan 65% bersetuju intervensi ini memberi kesan terhadap sikap murid terhadap topik pengaturcaraan. Kesimpulannya, perubahan amalan pengajaran memberi kesan kepada amalan pengajaran guru khususnya dalam topik pengaturcaraan. Perkara ini secara tidak langsung menyokong kepada anjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu menyediakan kesamarataan akses pendidikan berkualiti dibawah sub perkara meningkatkan kualiti pendidikan STEM. Perkara ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran komputasional murid-murid dalam usaha menyediakan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang STEM.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor, Muhammad Sabiq msabiq3@gmail.com |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology > Malaysia Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Programming. Rule-based programming. Backtrack programming |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | APS Proceedings |
| ISSN: | 003428568-X |
| Volume: | 4 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 256-267 |
| Keywords: | Blended learning, Computer programming, Motivation in education |
| Date: | 18 April 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142746 |
