Abstract
Konsep sistem pertanian pintar (smart farming) bertujuan untuk mengembangkan penggunaan teknologi dalam aktiviti pertanian bagi mengganti sistem pertanian tradisional. Hasil dari tinjauan ke beberapa kebun fertigasi cili, didapati sistem pengairan masih lagi menggunakan kaedah konvensional dimana pekebun perlu berada di kebun bagi mengawal sistem tersebut pada masa tertentu. Automated Fertigation System V2 (AFS v2) dihasilkan bagi meningkatkan kualiti hasil tanaman, pengurangan masa mengurus sistem tanaman serta dapat meningkatkan keuntungan. Ia direka supaya pekebun dapat mengurus masa pemberian air / baja AB, membatalkan masa titisan jika hujan dan mengurus kaedah bancuhan baja dengan lebih baik lagi hanya dengan menggunakan telefon bimbit sahaja. AFS v2 dihasilkan dengan kos yang lebih murah berbanding dengan produk yang dijual dipasaran. Sasaran pengguna utama adalah untuk pekebun fertigasi yang baru hendak berjinak dengan system fertigasi IoT yang murah tetapi menepati kehendak penanaman. Sistem ini terdiri daripada alat elektronik dan alat mekanikal seperti Arduino, Sensor, Water solenoid valve, Module, Stop Cork, dan lain-lain lagi. Sistem dikawal dengan menggunakan telefon bimbit yang telah diprogramkan dengan aplikasi Blynk IoT.. Pihak kami juga telah menjalankan kursus asas fertigasi IoT kepada pekebun muda Bersama Jabatan Pertanian Negeri Kedah. Sebagai kesimpulannya, AFS v2 telah dibangunkan sesuai dengan objektifnya untuk melahirkan pekebun fertigasi yang dapat meningkatkan hasil selari dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Yusof, Adam Muqriz jalilcj.kvas@gmail.com Wan Nazri, Wan Nazril Amarrul UNSPECIFIED Md Saad, Rosmawati UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my Editor Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my Editor Shamsuddin, Norin Rahayu norinrahayu@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 28 |
| Keywords: | Pertanian tradisional, Konvensional, Fertigasi, IoT |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142741 |
