Cherishly Charity Project 2020 – Inisiatif Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang Dalam Menggapai Matlamat Pembangunan Lestasi Terhadap Pelajar.
Matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) terdiri daripada 17 Matlamat yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Perhimpunan Agung PBB pada September 2015. Secara ringkas, SDG merangkumi lima dimensi, iaitu kemajuan masyarakat, penjagaan bumi, kemakmuran, keamanan dan kerjasama. Perkara utama terangkum di bawah dimensi itu ialah kemiskinan, kesihatan, pendidikan, perlindungan sosial, peluang pekerjaan, perubahan iklim dan perlindungan alam sekitar. Oleh itu. kelestarian hidup bukan hanya diukur dengan harta atau wang, tetapi kehidupan sempurna dan kebahagiaan. Sebagai langkah untuk mencapai kehidupan sempurna di kampus, Fakulti Perakaunan UiTM Pahang mengambil langkah untuk membantu pelajar dalam menyediakan keperluan pelajar dalam bentuk makanan dan juga keperluan alat tulis. Walaupun penyediaan makanan dan keperluan alat tulis ini mungkin tidak dapat memenuhi keperluan semua pelajar, namun ianya merupakan satu langkah kecil Fakulti Perakaunan dalam mencapai SDG menamatkan kemiskinan dalam semua bentuk di mana-mana dan menggalakkan peluang pembelajaran berkualiti sepanjang hayat.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammad Fadzillah, Nur Syazwani UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Social interaction H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Social service. Social work. Charity organization and practice |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-2 |
| Keywords: | Keperluan pelajar, Makanan, Alat tulis, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Pahang |
| Date: | 6 January 2021 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142655 |
142655.pdf
