Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian etnik, budaya dan agama. Kepelbagaian ini menjadi ciri identiti kebangsaan dan asas kepada perpaduan negara. Namun, ia juga membuka ruang kepada cabaran dalam mengekalkan toleransi sosial yang stabil, terutama apabila berlaku ketidakseimbangan dalam pemahaman, penghormatan dan interaksi antara agama. Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan keterbukaan media sosial, pelbagai isu sensitif yang berkaitan agama mudah tersebar dan mencetuskan reaksi yang negatif. Ketegangan ini tidak hanya berpunca daripada ketidaktahuan, tetapi turut diperburuk oleh sikap ekstremis, naratif politik sempit dan kurangnya pendidikan dam penghormatan terhadap penganut agama yang berbeza. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kes dan literatur semasa. Dapatan menunjukkan bahawa isu penghinaan agama, prejudis antara kaum, dan eksploitasi isu agama boleh menghakis keharmonian sosial. Artikel ini mencadangkan solusi berbentuk pemerkasaan terhadap dialog antara agama terutama di institusi pendidikan. Diharapkan kajian ini dapat menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang lebih saling menghormati dan harmoni.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Sahid, Muhammad Daniel UNSPECIFIED Mohammad Ghazali, Anas Zahideen UNSPECIFIED Ishak, Maisarah Yasmin UNSPECIFIED Zulkarnain Edy, Mohamad Dhiya UNSPECIFIED Mohd Yazid, Muhammad Danial Hakimi UNSPECIFIED Hasan, Nur Syakilla Asyiqin UNSPECIFIED Mazli, Nur Elliya Maslina UNSPECIFIED Surtahman, Asma' Wardah asmawardah@uitm.edu.my |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > Religious ethics H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Races. Including race as a social group and race relations in general L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
| ISSN: | 2600-9617 |
| Volume: | 8 |
| Number: | 1 |
| Keywords: | Toleransi Sosial, Agama, Etika, Masyarakat Majmuk, Kepelbagaian Agama. |
| Date: | April 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142650 |
142650.pdf
