Abstract
Eco friendly Tiles’ ialah nama produk inovasi yang ingin diperkenalkan kepada semua.Eco friendly bermaksud mozek yang mesra alam.Produk inovasi ini memilih tema mesra alam kerana ingin mengajak semua manusia menjaga ekosistem alam sekitar yang bersih.Inovasi ini memilih plastik yang dikatakan sampah sebagai bahan utama dan ditambahkan dengan campuran simen,batu dan pasir bagi menghasilkan mozek yang pelbagai guna. Plastik ini dijadikan serat bagi memastikan mozek dihasilkan mempunyai ketumpatan yang stabil untuk mozek yang pelbagai guna.Kajian inovasi ini menguji potensi mozek campuran plastik ini dalam mengurangkan pencemaran plastik melalui penggunaan bahan alternatif yang mesra alam.Kesan positif kepada kelestarian alam ialah membantu mengurangkan penimbunan sampah plastik dan meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar termasuk pencemaran laut dan habitat haiwan. Dari segi ekonomi, inovasi ini menbuka peluang baru dengan memanfaatkan sumber-sumber buangan plastik mencipta peluang perniagaan baru serta mengurangkan kos pengurusan bahan buangan. Selain itu, inovasi ini dapat merangsang pertumbuhan industri bahan alternatif yang lebih mesra alam.Inovasi ini dipraktikkan di sekolah bagi membina landskap taman herba sains. Secara tidak langsung inovasi ini mencetuskan idea kreatif pelajar untuk menghasilkan mozek yang pelbagai warna sebagai laluan pejalan kaki.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Nasir, Nor Azura norazura83@gmail.com Md Ariffin, Mohd Naim naimariffin@gmail.com |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my Editor Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my Editor Shamsuddin, Norin Rahayu norinrahayu@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management > Product engineering |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 22 |
| Keywords: | Mozek, Plastik, Pelbagai guna, Mesra alam |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142638 |
