Fenomena materialisme dalam kalangan mahasiswa: cabaran sosial dan pendekatan penyelesaian di era digital.

Fathil Anuar, Husna Humaira and Hady Abdullah, Muhammad Lutfil and Noor Azlan, Noor Aqilah and Shahrulamir, Nur Aina Afiqah and Kamal, Nurin Syazwani (2025) Fenomena materialisme dalam kalangan mahasiswa: cabaran sosial dan pendekatan penyelesaian di era digital. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 8 (1). pp. 100-114. ISSN 2600-9617
Abstract

Materialisme merupakan satu fahaman yang menekankan kepentingan kekayaan, harta benda dan kejayaan material sebagai ukuran utama kebahagiaan dan nilai diri. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada penularan budaya materialisme dalam kalangan mahasiswa serta menilai kesannya terhadap prestasi akademik, kesejahteraan psikologi dan pembentukan sahsiah pelajar. Pendekatan kuantitatif digunakan melalui edaran soal selidik atas talian kepada 55 orang pelajar universiti awam di seluruh Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa pengaruh media sosial, tekanan rakan sebaya serta kehendak untuk menunjukkan status sosial menjadi penyumbang utama kepada gaya hidup materialistik. Materialisme turut dikaitkan dengan penurunan tumpuan dalam pembelajaran, keresahan emosi, kemurungan, dan kebergantungan kepada pembelian kompulsif. Kajian juga mendapati bahawa fenomena ini boleh mencetuskan tindakan yang bertentangan dengan nilai moral seperti pembaziran, sikap individualistik dan kelemahan dalam empati sosial. Antara cadangan penting yang diketengahkan termasuklah kempen kesedaran melalui media sosial, pendidikan nilai di peringkat universiti, dan penguatkuasaan dasar anti-pembaziran. Kesimpulannya, usaha kolektif daripada institusi, ibu bapa dan pelajar amat penting bagi mengekang budaya materialisme agar tidak mencengkam nilai moral generasi mahasiswa hari ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142635.pdf]
Text
142635.pdf
Download (485kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics