Penggunaan kecerdasan buatan(ai) dalam kalangan pelajar universiti: kesan terhadap pembelajaran dan kebergantungan akademik.

Mohd Salleh, Fatin Nabila and Azman, Nur Aina Asyiqin and Abdullah, Nur Ilhanna and Abdul Rani, Nur Hanna and Asyikin, Nur Ainnatul and Iskandar Lee, Ainuddin (2025) Penggunaan kecerdasan buatan(ai) dalam kalangan pelajar universiti: kesan terhadap pembelajaran dan kebergantungan akademik. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 8 (1). pp. 82-100. ISSN 2006-9617
Abstract

Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam kalangan pelajar universiti semakin meluas seiring dengan perkembangan pendidikan digital. Kajian ini bertujuan menilai kesan penggunaan AI terhadap proses pembelajaran serta menganalisis tahap kebergantungan pelajar kepada teknologi ini dalam penyempurnaan tugasan akademik. Kajian kes ini melibatkan 50 pelajar universiti di UiTM Cawangan Melaka sebagai responden, dan data diperoleh melalui edaran soal selidik atas talian. Hasil dapatan menunjukkan semua responden pernah menggunakan AI dalam pembelajaran, dengan ChatGPT menjadi alat paling popular. Kebanyakan pelajar mengakui bahawa AI membantu meningkatkan pemahaman konsep, mempercepatkan penulisan tugasan, dan memperluas akses kepada sumber. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan terhadap kemerosotan kemahiran berfikir kritikal, isu plagiarisme, dan tahap kebergantungan yang tinggi terhadap teknologi. Kajian ini turut mengesyorkan beberapa langkah seperti pelaksanaan literasi AI dalam kurikulum, penyediaan garis panduan penggunaan AI oleh institusi, dan pemantauan berterusan terhadap penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar. Kajian ini menyimpulkan bahawa walaupun AI membawa banyak manfaat kepada pembelajaran, penggunaannya perlu dikawal secara beretika dan seimbang supaya tidak menjejaskan integriti akademik dan pembangunan sahsiah pelajar dalam jangka masa panjang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142631.pdf]
Text
142631.pdf
Download (958kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics