Program penyerahan bantuan peralatan cegah covid- 19 kepada SK (F) Jengka 11

Mat Saat, Mohd Zaidi (2020) Program penyerahan bantuan peralatan cegah covid- 19 kepada SK (F) Jengka 11. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

MARAN – UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah menyerahkan sumbangan berbentuk pelitup muka, pensanitasi tangan dan penyukat suhu kepada Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 11 di Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Pahang baru-baru ini. Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan kepada Guru Besar, Encik Suhaiza bin Zainal Abidin. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Prof. Ts. Dr. Azhan Hashim@Ismail (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik), Dr. Badli Esham Ahmad (Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri), Puan Norlaili Harun (Ketua Pusat Pengajian), Encik Mohd Risham Jaafar (Koordinator Unit Komunikasi Korporat), Encik Yusri Asmara (Guru Penolong Kanan Pentadbiran), dan Encik Kamarulzaman Usop (Yang Dipertua PIBG).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142628.pdf]
Text
142628.pdf
Download (351kB)
Indexing & Metrics