FOA market place 4.0 : kebersamaan dalam menjana ekonomi dan memupuk semangat keusahawanan

Imran, Iliya Dayini (2025) FOA market place 4.0 : kebersamaan dalam menjana ekonomi dan memupuk semangat keusahawanan. UiTM News Hub. pp. 1-2.
Abstract

Jengka, Pahang, 08 Mei 2025 – Inisiatif berterusan oleh Fakulti Perakaunan, Program FOA Marketplace 4.0 telah berlangsung dengan jayanya di Bangunan Leucaena, UiTM Cawangan Pahang. Program tahunan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2022.
Majlis perasmian FOA Marketplace 4.0 telah disempurnakan oleh Yang Brs. Prof. Madya Dr. Hajah Nazirah binti Ramli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (HEA), UiTM Cawangan Pahang. Program ini telah menghimpunkan sebanyak 27 gerai yang diwakili oleh pelajar, wakil persatuan pelajar, serta staf UiTM. Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai produk menarik diketengahkan, termasuk aneka juadah makanan dan minuman, buah-buahan segar, bunga-bungaan, serta pakaian yang menampilkan kreativiti para usahawan muda.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142572.pdf]
Text
142572.pdf
Download (884kB)
Indexing & Metrics