Raub, 8 Mei 2025 – Seramai 38 orang mahasiswa daripada Change Agent Club (CAC), UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah menjayakan program kesukarelawanan bertemakan “Sentuhan Kasih: Lawatan Prihatin” pada 27 April 2025 bertempat di Rumah Kebajikan Warga Emas At-Taqwa, Kampung Sempam Baru. Program ini berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 3) – Good Health and Well-Being dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini menampilkan dua pengisian utama iaitu Sesi Gotong-Royong dan Sesi Ziarah Mesra. Aktiviti gotong-royong melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan rumah kebajikan termasuk memotong rumput, menyapu dan menyusun semula barang penghuni. Hal ini bertujuan untuk mencipta persekitaran yang lebih bersih dan selesa. Sesi Ziarah Mesra pula memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendekati warga emas, berkongsi cerita dan menyelami pengalaman hidup mereka.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal, Mohd Azim UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Community development. Rural development H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Social service. Social work. Charity organization and practice |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Raub Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
| Page Range: | pp. 1-3 |
| Keywords: | Rumah kebajikan, Warga emas, Gotong-royong, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub |
| Date: | 20 May 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142564 |
142564.pdf
