Kepelbagaian serangga akuatik di Sg. Ceka, Jerantut, Pahang, semenanjung Malaysia: penunjuk biologi bagi kesihatan ekosistem air tawar tropika

Hasmin, Muhammad Daniel and Hasmi, Nur Atirah and Abd Rashid, Normaisarah and Noor Azlan, Nor Izz Farah Sabrina and Farinordin, Farah Ayuni and Razali, Nor Bazilah and Ismail, Nor Azliza and Mohd Izam, Nur Amalina (2026) Kepelbagaian serangga akuatik di Sg. Ceka, Jerantut, Pahang, semenanjung Malaysia: penunjuk biologi bagi kesihatan ekosistem air tawar tropika. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Kajian ini meneliti struktur komuniti dan taburan spatial serangga akuatik di sepanjang kawasan hulu, tengah, dan hilir Sungai Ceka, Jerantut, Pahang, memandangkan data berkenaan ekosistem ini masih terhad. Sebanyak 223 individu daripada tiga order utama telah direkodkan, dengan Hemiptera sebagai kumpulan paling dominan (88.79%), diikuti oleh Odonata (10.31%) dan Coleoptera (0.9%). Subfamili Gerridae mencatatkan populasi tertinggi, iaitu sebanyak 139 individu (62.33%), terutamanya di kawasan tengah sungai yang mempunyai permukaan air yang tenang dan habitat yang bersesuaian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142551.pdf]
Text
142551.pdf
Download (643kB)
Indexing & Metrics