Penggayaan motif flora dalam ragam hias Kitab Maulid dalam koleksi Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia

Abdul Wahab, Salawati (2025) Penggayaan motif flora dalam ragam hias Kitab Maulid dalam koleksi Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia. In: Proceedings of the 16th Regional Symposium of the Malay Archipelago Simpora xvi: 2025, 31 Aug - 4 Sep 2025, Universiti Teknologi MARA, Perak.
Abstract

Di alam Melayu, penghasilan sesuatu ragam hias berdasarkan kepada persekitaran setempat. Hal ini berlaku kerana pengkarya seni telah membuat pengamatan terhadap persekitarannya sendiri. Oleh yang demikian, bagi sesetengah motif dalam seni tempatan, ia menjadi identiti sesuatu kawasan. Penulisan ini bertujuan untuk membincangkan tentang motif flora sebagai ragam hias dalam kitab maulid. Penelitian dalam kajian ini adalah bersifat deskriptif kualitatif untuk menggambarkan dan menghuraikan motif flora dalam hiasan kitab agama. Pengayaan motif flora dalam kitab maulid yang terdapat dalam koleksi Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia (PKMMPNM). Kitab maulid merupakan manuskrip yang dihasilkan bagi tujuan memuji Nabi Muhammad saw. Kitab ini juga juga memberi impak besar dalam menaikkan lagi rasa sayang dan kecintaan umat Islam terhadap Rasullah saw. Dalam kitab ini, ragam hias dihasilkan pada bahagian-bahagian tertentu, seperti di hadapan, dalam mahupun di belakang. Pemilihan motif flora, warna, ranting, batang dan daun dibuat dengan penuh teliti mengikut sifat sebenar flora yang dilihat. Setiap hiasan motif flora yang dilakarkan dalam manuskrip membawa maksud tersendiri dan berkaitan dengan kehidupan masyarakat setempat. Ragamhias yang terhasil ini penuh dengan keindahan dan kehalusan seni Melayu yang tinggi nilai estetika.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142436.pdf]
Text
142436.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics