Inovasi geodetector: sistem pintar pengesan bencana alam

Jusoh, Nor Bibi Maslina and AliMunawar, Nur Fadwa Nasuha and Ahmad Taufiq, Nur Aina Damia (2024) Inovasi geodetector: sistem pintar pengesan bencana alam. In: International Industrial Revolution 4.0 Exposition : Innovating, Transpiring Dreams. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 15. ISBN 9789672948711
Abstract

Projek geodetector menggunakan pengaturcaraan arduino ide dan mblock untuk mengesan tanah runtuh, kepala air, bunyi, dan objek hidup di kawasan perkhemahan. Sistem ini dilengkapi dengan beberapa penderia utama: inframerah untuk mengesan pergerakan tanah, pengecam suara untuk mengesan bunyi luar biasa, pengesan air untuk mengesan kepala air, pengesan fir untuk mengesan objek hidup, dan penderia getaran untuk simulasi tanah runtuh. Alat ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan murid dengan memberi amaran awal kepada ancaman alam sekitar, seterusnya membolehkan tindakan pantas diambil oleh pihak bertanggungjawab. Penderia keluaran termasuk lampu led dan pembaz yang berfungsi untuk memberi isyarat dan melaksanakan tindakan segera. Sistem ini memulakan operasi dengan menginisialisasi sistem, kemudian memantau kawasan melalui penderia kemasukan. Jika ancaman dikesan, penderia keluaran diaktifkan dan isyarat dihantar kepada pengawal keselamatan untuk tindakan segera, seperti menggerakkan helikopter keselamatan. Prototaip ini mudah dipasang dan digunakan, serta diharapkan dapat mengurangkan risiko kecederaan dan kematian dalam situasi kecemasan. Dengan geodetector, keselamatan murid di kawasan perkhemahan dapat ditingkatkan, memberikan ketenangan kepada semua pihak yang terlibat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 142426.pdf]
Text
142426.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics