Abstract
Pendidikan STEM ialah pendidikan yang bertunjangkan pengintegrasian empat bidang iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Salah satu mata pelajaran yang terdapat dalam bidang STEM ini adalah Reka Bentuk dan Teknologi. Selari dengan hasrat KPM untuk melahirkan murid yang kreatif dan inovatif dalam bidang STEM, khususnya dalam bidang robotik yang melibatkan perisian Pengaturcaraan dan Mikropengawal. Dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi sekolah rendah murid didedahkan dengan dua tajuk penting ini. Apabila murid mempelajari tajuk-tajuk ini secara tidak langsung tercetuslah idea murid untuk membuat inovasi, ia juga menarik minat murid lain untuk lebih mendalami tajuk-tajuk yang dianggap agak sukar. Justeru, dengan inovasi penciptaan SAFEV (SMART ARCHITECTURE FUTURISTIC EMERGENCY VEHICLE) ini, murid dapat memahami secara lebih mendalam dan mengaplikasikan tajuk ini dalam kegunaan seharian. Inovasi ini juga dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan pemahaman murid dengan menjadikan SAFEV ini sebagai Bahan Bantu Mengajar yang boleh dilihat dan dipegang oleh murid-murid. SAVER juga dicipta dalam kegunaan harian sebenar pada masa hadapan sebagai kenderaan penyelamat yang berfungsi untuk menyelamatkan mangsa banjir serta untuk kegunaan sewaktu kecemasan dan merupakan sebuah kenderaan yang bijak kerana mempunyai sensor jarak yang dapat mengesan objek yang merbahaya apabila berada berdekatan dengannya. Kenderaan ini juga dapat mengeluarkan bunyi serta menyala apabila berlaku gegaran dan mengesan air melebihi paras yang merbahaya. Semua pergerakan dan juga segala aktiviti yang melibatkan kenderaan ini adalah hasil daripada pemahaman murid berdasarkan topik ini.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Sulong, Mazlida g-08060591@moe-dl.edu.my Abdul Ghani, Anuar g-23060569@moe-dl.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my Editor Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my Editor Shamsuddin, Norin Rahayu norinrahayu@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 13 |
| Keywords: | Inovasi,Mikropengawal dan Pengaturcaraan |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142420 |
