Abstract
Smart Parking Lot dicipta untuk membantu masyarakat menangani masalah kesesakan tempat letak kenderaan yang kerap berlaku di kawasan bandar, tempat-tempat awam, jabatan-jabatan kerajaan, pasar raya dan sebagainya.. Ia diilhamkan kerana masalah tempat meletakkan kenderaan yang agak terhad dan sempit menyebabkan pengguna kenderaan sukar meletakkan kenderaan di tempat yang selamat. Pemandu kenderaan terpaksa menggunakan masa yang lama untuk meletakkan kenderaan masing-masing. Smart Parking Lot dapat mengesan tapak kenderaan yang ada dan membolehkan pengguna tahu kekosongan tempat letak kenderaan yang boleh diisi.Smart Parking Lot juga dapat membantu pengguna menjimatkan masa dan tenaga . Selain itu, ia juga dapat menjimatkan ruang kawasan tempat letak kenderaan, kerana Smart Parking Lot dapat mengesan tempat letak kenderaan samada penuh atau sebaliknya dengan pantas. Hanya menggunakan sensor masalah pengguna akan dapat diselesaikan. Di samping itu, paparan di komputer dapat membantu pengguna-pengguna melihatdengan jelas dan tepat tempat letak kenderaan yang masih ada, sebelum mereka membuat pembayaran menggunakan kad pengesan yang disediakan. Seterusnya dengan terciptanya Smart Parking Lot ini diharap rakyat Malaysia akan dapat menggnakan kemudahan ini dengan sebaiknya dan kadar kemalangan di tempat letak kereta juga dapat dikurangkan.. Semoga penggunaan pengesan tempat letak kenderaan secara elektronik dapat memberi manfaat kepada pemgguna-pengguna kenderaan khusunya yang menaiki kenderaan sendiri.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmed Kadri, Noraidah g-08060611@moe-dl.edu.my Abdul Ghani, Anuar KBA3054@moe.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. UNSPECIFIED Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my UNSPECIFIED Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my UNSPECIFIED Shamsuddin, Norin Rahayu norinrahayu@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 12 |
| Keywords: | Membantu, Kenderaan, Pengguna |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142416 |
