Abstract
Aplikasi QuizTime & NoteTime dibangunkan berdasarkan keperluan pensyarah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan aplikasi ini merupakan keperluan tambahan pensyarah membina kuiz dalam talian secara cepat serta alternatif pembinaan item kuiz cara lama. Kegunaan utama aplikasi sejurus berakhirnya sesuatu topik atau pengajaran tanpa menghabiskan banyak masa pada penggunaan soalan cetakan kertas. Pembinaan item kuiz boleh dibuat secara terperinci, digunakan segera dan ditentusahkan skornya dalam masa beberapa minit selepas kuiz itu tersebut diselesaikan. Aplikasi QuizTime & NoteTime ini dibangunkan dengan ciri-ciri seperti penggunaan pangkalan data, PHP, HTML5, JQuery, CSS3, dan MySQL pengaturcaraan sumber terbuka. Proses pembangunan QuizTime & NoteTime mengikuti pendekatan Rapid Application Development (RAD) iaitu model pembangunan perisian adaptif berasaskan prototaip dan maklum balas pantas. Model ini mempunyai empat fasa asas di mana keperluan umum pensyarah kepada aplikasi Quiz Time dan NoteTime didefinisikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran semasa kuliah berlangsung. Prototaip QuizTime & NoteTime dicipta dengan beberapa elemen utama dan fungsi pembinaan kuiz diuji berulang serta boleh dikemaskini tanpa bermula dari awal. Pembinaan aplikasi QuizTime & NoteTime dibuat secara pantas dan maklum balas pensyarah dan pelajar diperlukan bertujuan mengatasi sebarang permasalahan dan aplikasi ditempatkan penggunaannya dalam kalangan pensyarah dan pelajar untuk mengetahui keberkesanannya. Keperluan aplikasi QuizTime & NoteTime ini boleh diubah pada bila-bila masa dan memberi keutamaan keperluan penggunanya.Keberkesanan aplikasi ini diukur berdasarkan maklum balas pensyarah dan pelajar yang menyatakan kemudahan akses yang pantas,pelaporan terperinci,membantu pemantauan pelajar serta mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Muhamad @ Mat, Zainuri zainurimuhd@gmail.com Musa, Asniza asniza.musa@gmail.com Shariff, Nor Azliza norazliza.kvas@gmail.com Phang, Le Inn g-66097362@moe-dl.edu.my Mohd Noor, Rozila namasayarozila@gmail.com Jusoh, Ruslina g-28075335@moe-dl.edu.my Kamaruddin, Ros Adura myrossa2205@yahoo.co.uk Che Su, Noorhadiani noorhadiani@gmail.com |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Computer software > Application software |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | APS Proceedings |
| ISSN: | 003428568-X |
| Volume: | 4 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 223-230 |
| Keywords: | Educational technology, Examinations, Rapid application development |
| Date: | 18 April 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142411 |
