Abstract
Mesto dicipta untuk membantu masyarakat menangani masalah sakit-sakit urat atau saraf. Ciptaan mesto diilhamkan dari proses rawatan islam iaitu proses rawatan di manarah yang dijalankan oleh dr jahed sidek. Mesto adalah nama yang diberikan kepada sebuah robot yang berfungsi sebagai mesin urut aotomatik. Ia telah diprogramkan untuk menjalankan tugas mengurut anggota badan pengguna. Ketukkan kecil mesto pada lengan, kaki atau anggota badan pengguna akan membantu melancarkan peredaran darah dan membetulkan semula saraf-saraf yang tersumbat dengan angin atau kolesterol. Peredaran darah yang sempurna dapat membantu otak menerima bekalan oksigen untuk badan secukupnya. Dan seterusnya pengguna akan rasa kembali segar dan bertenaga setelah selesai proses urutan.mesto. Juga dapat membantu pengguna mengurangkan kos untuk memilikinya berbanding dengan harga kerusi-kerusi urut yang berada di pasaran sekarang. Dengan harga mampu milik ini, kami berharap semua golongan masyarakat dapat memilikinya. Di samping itu juga, mesto dapat membantu menjana pendapatan masyarakat yang ingin menjadi pembekal kepada penduduk setempat. Dengan harga hanya sekitar rm2000, semua lapisan masyarakat yang mempunyai kesedaran tentang kesihatan diri berpeluang untuk memiliki mesto ini. Seterusnya dengan terciptanya mesto ini di harap generasi malaysia yang lahir adalah generasi yang mementingkan kesihatan diri dan keluarga demi untuk kemajuan dan kemakmuran negara dan seterusnya ke persada dunia.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Bahari, Noorisham g-78060608@moe-dl.edu.my Abdul Ghani, Anuar g-23060569@moe-dl.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. UNSPECIFIED Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my UNSPECIFIED Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my UNSPECIFIED Shamsuddin, Norin Rahayu norinrahayu@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 11 |
| Keywords: | Bijak, Mesra, Segar |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142400 |
