Abstract
Semua orang perlu pergi ke tandas. Tandas yang bersih merupakan satu pilihan yang penting dalam kehidupan. Selain daripada merasa ketenangan semasa berada di dalamnya, adalah penting kebersihan dan sebolehnya dapat mengurangkan sentuhan kepada peralatan tandas. Oleh itu, tandas yang pintar merupakan satu keperluan pada hari ini. Pihak SK Teluk Jamat secara penuh kasih sayang menginginkan semua pihak berasa selesa semasa berada di dalam tandas dengan menyediakan sebuah tandas pintar dengan penutup tandas dapat terbuka dengan sendiri dan tidak memerlukan tenaga manusia untuk membukanya. Inovasi ini dihasilkan daripada pembelajaran mikropengawal robot tong sampah yang dipelajari dalam matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Konsep tandas pintar ini adalah mangkuk tandas akan terbuka apabila seseorang berada berdekatan dengan tandas, mangkuk tandas akan sentiasa terbuka sehingga sensor pengesan tidak mengesan sebarang halangan, setelah itu pembaz akan berbunyi menandakan tudung akan ditutup dan sebagai peringatan kepada pengguna agar membersihkannya semula sebelum beredar daripadanya. Inilah permulaan kepada tandas pintar pada masa hadapan. Semoga dengan kehadiran penciptaan ini, memudahkan semua pihak semasa berada di dalam tandas.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Said, Hafiez hafiezsaid@gmail.com Ismail, Zamri UNSPECIFIED Muhammad Razman, Ammar Mikhail UNSPECIFIED Rosdi, Muhammad Fakrul Islam UNSPECIFIED Rohemi, Muhammad Irfan Hafiy UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. UNSPECIFIED Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my UNSPECIFIED Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my UNSPECIFIED Shamsuddin, Norin Rahayu norinrahayu@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 10 |
| Keywords: | Inovasi mikropengawal, Pengaturcaraan |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142396 |
