Abstract
Projek inovasi yang dibangunkan ini diberi nama ‘My Robocrab’- pengutip sampah, merupakan satu alat inovasi yang dihasilkan oleh guru dan murid Sekolah Kebangsaan Taman Uda bercirikan teknologi mesra alam. Alat ini adalah sebuah robot yang digunakan untuk mengutip sampah dengan cara menggerakkan ‘Robocrab’ menggunakan alat kawalan jauh iaitu ‘remote control’. Isu utama penghasilan alat ini adalah untuk mengatasi masalah pembuangan sampah merata-rata. Disamping itu, alat ini dihasilkan kerana murid sekarang agak kurang berminat untuk belajar dan mengetahui tentang kepentingan teknologi pada masa hadapan. Dengan penghasilan inovasi ini, ianya juga dapat mendorong murid untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam bidang rekacipta. Oleh yang demikian, impak keberkesanan inovasi ini adalah ‘Robocrab’ dapat membersih lantai dengan cara mengutip sampah yang ringan dan memasukkan sampah tersebut ke dalam bekas di bawah badannya. Alat ini juga dapat menarik minat murid-murid untuk bermain sambil belajar cara-cara mengawal alat kawalan jauh. Secara tidak langsung ianya juga dapat memupuk sikap menjaga kebersihan dalam kalangan murid sekaligus dapat menjana idea kreatif dan mengaplikasi pengetahuan dalam kemahiran Sains, Matematik dan Rekabentuk Teknologi yang telah dipelajari.
Metadata
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Firdaus, Naila Al Farafisya UNSPECIFIED Isfaizal, Aira Izzara UNSPECIFIED Syed Mohd Fadly, Sharifah Khadeeja UNSPECIFIED Abu Bakar, Mahani mahaniwxj2429@gmail.com Samsudin, Rosenita rosenitas5748@gmail.com |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. UNSPECIFIED Mohd Zukhi, Mohd Zhafri zhafri319@uitm.edu.my UNSPECIFIED Zakaria, Shahida Farhan shahidafarhan@uitm.edu.my UNSPECIFIED Shamsuddin, Norin Rahayu norinrahayu@uitm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Page Range: | p. 8 |
| Keywords: | Robocrab, Pengutip sampah, Kebersihan, Rekacipta |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142389 |
