FSK dan TT Organics jayakan program lensa hijau: perkasa komuniti melalui kesihatan mata dan pertanian lestari

Masngut, Mohd Izwan (2025) FSK dan TT Organics jayakan program lensa hijau: perkasa komuniti melalui kesihatan mata dan pertanian lestari. UiTM News Hub. pp. 1-5.

Official URL: https://news.uitm.edu.my/

Abstract

Artikel ini mendokumentasikan dan menganalisis pelaksanaan program komuniti berimpak tinggi bertemakan "Lensa Hijau: Hijaukan Kebun, Segarkan Mata" yang bertujuan untuk memperkasa komuniti petani di Kuarters Pertanian Serting, Batu Kikir. Program inisiatif dua hala ini dilaksanakan oleh 30 pelajar dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam dengan kerjasama strategik pihak TT Organics di bawah kerangka Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM). Kajian menunjukkan bahawa program holistik ini berjaya meningkatkan kualiti hidup dan menyemai gaya hidup lestari melalui dua tunjang utama: (1) Kelestarian Pertanian melalui aktiviti berkebun bersama komuniti dan perkongsian ilmu amalan pertanian organik serta prinsip kelestarian oleh wakil TT Organics; dan (2) Penjagaan Kesihatan Mata melalui pengendalian sesi Eye Spa, pendidikan kebersihan mata, serta saringan kesihatan mata percuma oleh pegawai Optometri UiTM dengan tataan tajaan daripada The Patriots. Inisiatif ini membuktikan keberkesanan model jaringan universiti-komuniti berasaskan pengalaman (SULAM) dalam mendepani isu kesihatan asas dan pemerkasaan sosioekonomi luar bandar selaras dengan aspirasi pembangunan mampan negara.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Masngut, Mohd Izwan
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Faculty of Health Sciences
Journal or Publication Title: UiTM News Hub
Page Range: pp. 1-5
Related URLs:
Keywords: Lensa Hijau, Kelestarian komuniti, Pertanian organik, Kesihatan mata, Optometri, SULAM, Batu Kikir, UiTM Puncak Alam
Date: 21 June 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/142267
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 142267.pdf] Text
142267.pdf

Download (981kB)

ID Number

142267

Indexing

Statistic

Statistic details